Terma & Syarat

1. Harga

Harga barang dan/atau perkhidmatan adalah harga seperti yang tertera di laman web gerenti.com.my pada masa pembeli membuat pembelian tawarannya kepada gerenti.com.my. Harga tersebut tidak termasuk kos pembungkusan dan caj penghantaran, mana-mana cukai barang dan perkhidmatan yang terguna pakai, cukai nilai tambah atau cukai serupa yang sepatutnya ditanggung oleh pembeli untuk membayarnya kepada gerenti.com.my sebagai tambahan kepada harga berkenaan


2. Terma Pembayaran

2.1 Pembeli adalah berhak untuk membuat bayaran Barang melalui pelbagai kaedah bayaran yang digariskan di laman web Gerenti.com.my. Terma dan syarat yang terguna pakai pada setiap kaedah bayaran, seperti yang terkandung dalam laman web Gerenti.com.my, akan terguna pakai pada Kontrak. 2.2 Sebagai tambahan kepada mana-mana terma tambahan yang terkandung dalam laman web Gerenti.com.my, terma-terma yang berikut akan turut terguna pakai pada kaedah-kaedah bayaran di bawah:

2.2.1 Kad Kredit

Pembayaran Kad Kredit boleh dilakukan oleh semua Pembeli. Apabila Pembeli membuat pesanan dengan menggunakan Kad Kredit di laman web Gerenti.com.my, transaksi akan dikendalikan oleh SenangPay (VE Services Sdn Bhd). Sistem ini adalah diiktiraf dan membolehkan Gerenti.com.my menerima pembayaran seperti Visa dan MasterCard. Semua nombor kad kredit akan dilindungi oleh piawaian penyulitan industri terkemuka.

2.2.2 Kad Debit

Gerenti.com.my menerima semua jenis kad debit Visa dan MasterCard Malaysia dan antarabangsa tertakluk kepada ketersediaan bank. Semua nombor kad debit akan dilindungi oleh piawaian penyulitan industri terkemuka.

2.2.3 Perbankan Atas Talian

i. Dengan memilih kaedah pembayaran ini, Pembeli boleh memindahkan wang bayaran Barang kepada akaun Gerenti.com.my untuk jumlah keseluruhan pembelian yang dilakukan (termasuk mana-mana cukai yang terguna pakai, yuran dan kos penghantaran). Transaksi berkenaan hendaklah dibayar dalam Ringgit Malaysia. Gerenti.com.my, pada budi bicara mutlaknya, boleh menolak perkhidmatan pilihan pembayaran yang dilakukan oleh sesiapa atau mana-mana pengguna tanpa memberikan notis bagi apa-apa sebab pada bila-bila masa.

ii. Buat masa ini, Gerenti.com.my menerima pemindahan wang terus atas talian CIMB Bank. Walaubagaimanapun pemindahan wang melalui kaedah IBFT (Interbank Fund Transfer) / IBG (Interbank Giro) melalui bank-bank tempatan juga diterima.


2.2.4 Bayar Waktu Terima

Bayar Waktu Terima (Cash on Delivery) boleh dilakukan dalam kawasan Lembah Klangdengan yuran sebanyak RM 5 bagi setiap pesanan. Gerenti.com.my berhak menjadualkan masa penghantaran. Barang hanya akan dihantar terus kepada Pembeli selepas pembayaran penuh secara tunai dilakukan oleh Pembeli.

2.3 Jika Pembeli gagal membuat apa-apa bayaran menurut terma dan syarat kaedah pembayaran yang dipilih, oleh yang demikian tanpa mempertikaikan mana-mana hak atau remedi lain yang ada pada Gerenti.com.my, 

Gerenti.com.my berhak untuk:

2.3.1 membatalkan Kontrak atau menggantung penghantaran Barang sehingga bayaran penuh dijelaskan; dan/atau

2.3.2 Mengenakan caj faedah Pembeli (untuk kedua-dua sebelum dan selepas mana-mana pengadilan) ke atas jumlah yang belum dijelaskan pada kadar satu peratus (1.0%) setiap bulan sehingga bayaran penuh dijelaskan (satu bahagian dalam sebulan yang dikira sebagai sebulan penuh bagi tujuan pengiraan faedah).


3. Penghantaran/Pelaksanaan

3.1 Barang akan dihantar ke alamat yang diberikan oleh Pembeli dalam pesanannya.

3.2 Gerenti.com.my berhak pada bila-bila masa untuk membuat sub-kontrak pada semua atau mana-mana kewajipannya untuk penjualan/penghantaran Barang kepada mana-mana pihak lain seperti yang diperlukan dari semasa ke semasa tanpa mengemukakan notis mengenai perkara yang sama kepada Pembeli.

3.3 Mana-mana tarikh yang dinyatakan bagi penghantaran Barang adalah anggaran sahaja. Masa penghantaran/pelaksanaan tidak menjadi sebahagian, dan Gerenti.com.my tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kelewatan penghantaran atau pelaksanaan tidak kira bagaimana ianya boleh berlaku.

3.4 Jika Gerenti.com.my gagal menghantar Barang menurut Kontrak atau dalam masa yang sewajarnya, Pembeli berhak, dengan mengemukakan notis kepada Gerenti.com.my, untuk meminta pelaksanaan dalam masa yang ditetapkan seterusnya, iaitu sekurang-kurangnya 14 hari. Jika Gerenti.com.my gagal melakukannya dalam masa yang ditetapkan, Pembeli berhak menamatkan Kontrak berkenaan Barang yang tidak dihantar dan menuntut pampasan atas kerugian sebenar dan perbelanjaan yang ditanggung akibat daripada kegagalan pelaksanaan oleh Gerenti.com.my, yang dapat diramalkan pada masa pemutusan Kontrak dan berlaku disebabkan oleh turutan kejadian biasa, sentiasa tertakluk kepada had-had yang ditetapkan pada Syarat 7.4.

3.5 Jika Pembeli gagal mengambil Barang yang dihantar (melainkan sebaliknya dengan alasan di luar kawalan Pembeli yang sewajarnya atau yang disebabkan oleh kesilapan Gerenti.com.my), tanpa mempertikaikan mana-mana hak atau remedi lain yang ada pada Gerenti.com.my, Gerenti.com.my boleh:

3.5.1 menjual Barang berkenaan pada harga terbaik yang mampu dimiliki dan (selepas semua perbelanjaan penjualan dan penyimpanan ditolak) ditujukan kepada Pembeli untuk lebihan harga bagi mana-mana kekurangan di bawah nilai harga yang ditetapkan dalam Kontrak; atau

3.5.2 menamatkan Kontrak dan menuntut ganti rugi.

4. Liabiliti

4.1 Gerenti.com.my akan menerima liabiliti Pembeli atas kematian atau kecederaan yang berpunca daripada kecuaiannya atau pekerjanya. Menurut kenyataan ini, liabiliti Gerenti.com.mydi bawah atau yang berkaitan dengan Kontrak adalah tertakluk kepada had-had yang digariskan dalam Syarat 4 ini.

4.2 Gerenti.com.my tidak akan bertanggungjawab untuk apa jua liabiliti di mana ia timbul disebabkan oleh alasan di luar kawalan sewajarnya seperti yang disyaratkan dalam Syarat 9 atau yang disebabkan oleh tindakan atau kesalahan Pembeli.

4.3 Dalam apa-apa keadaan, Gerenti.com.my tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian untung atau nama baik, kerugian pengeluaran atau hasil atau apa-apa bentuk kerugian khas secara tidak langsung atau apa jua kerugian turutan (termasuk kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Pembeli sebagai akibat daripada tindakan pihak ketiga) walaupun kerugian berkenaan dapat diramal sewajarnya atau Gerenti.com.my telah dinasihatkan tentang kemungkinan Pembeli menanggung kerugian tersebut.

4.4 Di mana masa pelaksanaan telah dipersetujui oleh Gerenti.com.my, yang menjadi asas Kontrak melalui notis yang dikemukakan oleh Pembeli kepada Gerenti.com.my, seperti yang disyaratkan dalam Klausa 3.4, dan Gerenti.com.my gagal mematuhi kewajipannya dalam masa yang ditetapkan, justeru Pembeli berhak menerima pampasan menurut Syarat 3.4, liabiliti Gerenti.com.my adalah terhad kepada 50% daripada jumlah setiap minggu penuh kelewatan, secara keseluruhan sehingga jumlah kumulatif (terkumpul) maksimum 5%, daripada nilai Barang yang mengalami kelewatan.

4.5 Remedi yang digariskan dalam Syarat 8 adalah remedi Pembeli yang mutlak dan eksklusif untuk ketidaksuaian atau kecacatan pada Barang atau Perkhidmatan dan liabiliti Gerenti.com.my untuk perkara yang sama adalah terhad sebagaimana ditetapkan dalam Syarat 5.

4.6 Tanpa mempertikaikan sub-had liabiliti yang terguna pakai di bawah Syarat 4 atau di tempat lain dalam Syarat ini, liabiliti keseluruhan Gerenti.com.my yang maksimum dan kumulatif (termasuk mana-mana liabiliti atas tindakan dan ketinggalan pekerja, ejen dan sub-kontraktor) berkenaan mana-mana dan semua tuntutan terhadap pelaksanaan yang tidak sempurna, pecah amanah kontrak, pampasan, indemniti, salah laku, gambaran salah, pengabaian undang-undang atau ekuiti dan mana-mana kerosakan atau kerugian yang mungkin timbul berkaitan dengan pelaksanaan atau kegagalan pelaksanaannya di bawah Kontrak ini, hendaklah tidak melebihi harga keseluruhan Kontrak.

4.7 Jika beberapa keadaan menjadi sebahagian besar punca kepada kerugian yang sama, ia akan dianggap sebagai punca kepada satu tuntutan sahaja di bawah Syarat ini.

4.8 Tiada tindakan yang boleh diambil oleh Gerenti.com.my dalam masa lebih daripada 12 bulan selepas tarikh ia menyedari keadaan yang menjadi punca kepada tuntutan atau tarikh di mana ia sewajarnya menyedari, dan dalam apa jua keadaan, tidak lebih daripada 12 bulan selepas berakhirnya Tempoh Waranti.

5. Waranti dan Remedi

5.1 Tertakluk seperti yang disyaratkan dalam Syarat ini, semua waranti, syarat atau terma yang lain, termasuk yang tersirat dalam undang-undang statut atau common law, adalah tidak termasuk dalam had paling tinggi yang dibenarkan oleh undang-undang.

5.2 Tertakluk kepada Syarat 5 ini, Gerenti.com.my menjamin bahawa Barang adalah memenuhi spesifikasinya pada masa penghantaran, dan bersetuju untuk memberikan remedi kepada ketidakpatuhan padanya dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh Barang tersebut dihantar atau sepatutnya dihantar (“Tempoh Waranti”). Di mana Pembeli berurusan sebagai pengguna (dalam maksud Akta Jualan Barang dan Akta Perlindungan Pengguna), Gerenti.com.my selanjutnya memberikan waranti tersirat yang tersebut kepada Pembeli sepertimana tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang.

5.2.1 Waranti Gerenti.com.my di atas berkenaan Barang diberikan kepada Pembeli dengan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) Tiada syarat yang dibuat atau yang tersirat mahupun mana-mana waranti diberikan atau tersirat terhadap jangka hayat atau haus pada Barang yang dibekalkan atau yang akan disesuaikan dengan apa-apa tujuan atau penggunaan tertentu di bawah mana-mana syarat khusus, tanpa mengira tujuan atau syarat berkenaan dapat diketahui atau dimaklumkan kepada Gerenti.com.my.

(b) Apa-apa keterangan pada Barang diberikan secara pengenalpastian sahaja dan penggunaan keterangan tersebut tidak boleh membentuk jualan melalui keterangan.

(c) Gerenti.com.my hanya terikat untuk membuat penghantaran Barang menurut keterangan yang mana ianya dijual, sama ada apa-apa keterangan khas atau tertentu yang diberikan atau tersirat oleh undang-undang padanya ataupun tidak. Mana-mana keterangan khas atau tertentu yang berkenaan hanya akan dikira sebagai kenyataan pandangan Gerenti.com.my bagi pihaknya. Gerenti.com.my tidak menyediakan apa-apa waranti berkenaan kualiti, keadaan atau kesempurnaan Barang.

(d) Gerenti.com.my  tidak akan menanggung liabiliti bagi langkah-langkah dan tindakan-tindakan berikut yang diambil oleh Pembeli atau pihak ketiga dan akibat daripadanya: remedi yang tidak sesuai bagi kecacatan, pengubahan Barang tanpa persetujuan daripada Gerenti.com.my terlebih dahulu, penambahan dan pemasangan masuk bahagian, khususnya barang ganti yang bukan daripada Gerenti.com.my .

(e) Gerenti.com.my tidak akan menanggung liabiliti yang berkaitan dengan apa-apa kecacatan yang berlaku akibat penggunaan yang tidak sesuai atau tidak betul, pemasangan atau pelaksanaan tidak sempurna oleh Pembeli atau pihak ketiga, lusuh dan koyak, kerosakan yang disengajakan, kecuaian, keadaan kerja luar biasa, pengendalian yang tidak sempurna atau cuai, penyelenggaraan yang tidak betul, muatan berlebihan, bahan operasi dan bahan ganti yang tidak sesuai, kerja yang tidak berkualiti, bahan asas yang tidak sesuai, pengaruh bahan kimia, elektro-teknikal/elektronik atau elektrik, kegagalan mematuhi arahan Gerenti.com.my (sama ada secara lisan atau bertulis), salah guna atau pengubahan atau pembaikan Barang tanpa kebenaran Gerenti.com.my .

(f) Gerenti.com.my tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, kerosakan atau apa jua bentuk liabiliti yang ditanggung oleh mana-mana pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh pembaikan atau kerja remedi yang dijalankan tanpa kebenaran bertulis daripada Gerenti.com.my terlebih dahulu dan Pembeli hendaklah membayar indemniti kepada Gerenti.com.my bagi setiap liabiliti kerugian dan kos yang timbul daripada tuntutan yang berkenaan.

(g) Gerenti.com.my tidak akan menanggung liabiliti di bawah waranti yang dinyatakan di atas (atau mana-mana waranti, syarat atau jaminan) jika harga keseluruhan Barang belum dibayar dengan baki akaun sebelum tarikh luput bayaran tersebut.

(h) Gerenti.com.my tidak akan menanggung apa jua bentuk liabiliti yang berkaitan dengan kecacatan Barang yang berlaku selepas berakhirnya Tempoh Waranti.

5.2.2 Apa-apa tuntutan yang dibuat oleh Pembeli mengenai mana-mana kecacatan kualiti atau keadaan Barang atau kegagalan Barang dalam memenuhi spesifikasi hendaklah dimaklumkan kepada Gerenti.com.my dalam masa tujuh hari dari tarikh penerimaan Barang atau (di mana kecacatan atau kegagalan tersebut tidak ketara ketika pemeriksaan sewajarnya) dalam tempoh sewajarnya selepas kecacatan atau kegagalan tersebut dikesan. Semasa penggunaan, Barang hendaklah diawasi secara berterusan dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kecacatan. Jika terdapat walau sedikit keraguan mengenai kesesuaian penggunaan atau sedikit keraguan mengenai keselamatan, Pembeli dikehendaki untuk tidak menggunakan Barang tersebut. Notis bertulis hendaklah diserahkan kepada Gerenti.com.my dengan serta-merta, yang mengkhususkan kepada keraguan atau kecacatan berkenaan. Walau bagaimanapun, dalam apa jua keadaan, Pembeli tidak berhak menolak Barang oleh kerana mana-mana kecacatan atau kegagalan, kecuali jika kegagalan tersebut melibatkan sifat Barang yang jelas berbeza dengan apa yang terkandung dalam kontrak Gerenti.com.my untuk menghantarnya.

5.2.3 Jika Pembeli tidak menyerahkan notis yang dikehendaki kepada Gerenti.com.my menurut Syarat

5.2.2, Gerenti.com.my tidak akan menanggung liabiliti bagi apa-apa kecacatan atau kegagalan atau ke atas apa-apa akibat daripadanya. Jika mana-mana tuntutan sah berkaitan mana-mana Barang berkenaan apa-apa kecacatan kualiti atau keadaan Barang atau kegagalannya memenuhi spesifikasi dimaklumkan kepada Gerenti.com.my menurut Syarat 5.2.2, Barang yang tidak mematuhi piawaian (atau bahagian padanya) akan dibaiki atau digantikan secara percuma seperti keadaan asal semasa pesanan. Jika Barang tidak dibaiki atau diganti dalam tempoh masa sewajarnya, meskipun dengan amaran bertulis daripada Pembeli, Pembeli adalah berhak mendapatkan harga lebih rendah yang setara dengan nilai Barang yang berkurang, dengan syarat dalam apa jua keadaan, pengurangan harga tidak boleh melebihi 15% daripada harga asal Barang tersebut. Sebagai ganti kepada pembaikan atau penggantian, Gerenti.com.my  boleh, pada budi bicara mutlaknya, memberikan pengurangan harga berkenaan kepada Pembeli. Selepas pembaikan, penggantian atau pengurangan harga dilakukan seperti yang dinyatakan, Pembeli tidak boleh mengemukakan tuntutan lain kepada Gerenti.com.my .

5.2.4 Jika Gerenti.com.my telah menggantikan Barang atau mengembalikan wang kepada Pembeli, Barang atau bahagian yang tidak mematuhi piawaian itu akan menjadi hak milik Gerenti.com.my .

6. Force Majeure

6.1 Gerenti.com.my tidak akan bertanggungjawab ke atas Pembeli atau disifatkan sebagai pecah amanah pada Kontrak atas sebab apa-apa kelewatan pelaksanaan atau apa-apa kegagalan melaksanakan mana-mana kewajipan Gerenti.com.my jika kelewatan atau kegagalan tersebut berpunca daripada apa-apa sebab di luar kawalan Gerenti.com.my yang sewajarnya. Tanpa mempertikaikan sifat umum kenyataan di atas, perkara-perkara berikut hendaklah dianggap sebagai sebab-sebab di luar kawalan Gerenti.com.my yang sewajarnya:

6.1.1 kejadian semula jadi (Tindakan Tuhan), letupan, banjir, ribut kencang, kebakaran atau kemalangan;

6.1.2 peperangan atau ancaman perang, sabotaj, pemberontakan, kekecohan awam atau rekuisisi;

6.1.3 tindakan sekatan, undang-undang, undang-undang sulit (undang-undang dalaman organisasi), apa-apa bentuk larangan atau langkah daripada pihak mana-mana parlimen kerajaan atau pihak berkuasa tempatan;

6.1.4 undang-undang atau embargo import atau eksport;

6.1.5 gangguan trafik, mogok, larangan bekerja ketika mogok, tindakan industri atau pertikaian perdagangan yang lain (sama ada melibatkan pekerja Gerenti.com.my atau pihak ketiga);

6.1.6 gangguan pengeluaran atau operasi, kesukaran mendapatkan bahan mentah, buruh, bahan api, bahagian barang atau jentera;

6.1.7 kegagalan kuasa atau kerosakan jentera

6.2 Selepas berlakunya mana-mana satu kejadian yang dinyatakan dalam Syarat 6.1, Gerenti.com.my boleh, pada pilihannya:-

6.2.1 menggantung proses penghantaran/pelaksanaan secara keseluruhan atau sebahagian sepanjang berlakunya kejadian atau keadaan berkenaan

6.2.2 menamatkan mana-mana Kontrak yang terjejas dengan penguatkuasaan serta merta melalui notis bertulis kepada Pembeli dan Gerenti.com.my tidak akan bertanggungjawab bagi mana-mana kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Pembeli akibat daripadanya.